HomeTempatanRoti Gardenia Naik Harga Lagi!

Roti Gardenia Naik Harga Lagi!

Published on

spot_img

Aduhai.. bermula 1 September 2022 roti Gardenia naik harga lagi. Katanya, impak inflasi terhadap bahan mentah memaksa harga dinaikkan untuk kali kedua bagi tempoh kurang setahun. Kali terakhir harga dinaikkan, pada 1 Dis 2021.

Bermula 1 Sept, Gardenia Original Classic 400g akan dijual pada RM3 (naik 20 sen), Original Classic Jumbo 600g RM4.30 (naik 30 sen) dan Breakthru Wholewheat 400g RM4 (naik 40 sen).

Harga bagi krim gulung – vanila, gula mentega dan karamel masin – dinaikkan kepada 10 sen kepada RM1.10 sen setiap satu.

Siri roti “Toast Em” juga meningkat kepada 50 sen kepada RM5.50.

Dalam semakan harga pada 1 Dis 2021, sebuku Original Classic 400g dinaikkan kepada 30 sen, manakala Original Classic Jumbo 600g dinaikkan kepada 45 sen.

Peningkatan harga terbaharu itu kesan daripada kenaikkan berterusan bahan mentah seperti tepung dan lemak sayuran, kata Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, Koh Chin Huat, dalam suratnya kepada peruncit yang menyenaraikan 53 produk keluaran mereka.

Baca juga  Minyak Naik Harga, Pisang Goreng Dan Keropok Lekor Pun Naik Harga

Surat itu disahkan Gardenia di laman sosialnya. Katanya, peningkatan kadar pengangkutan sejak beberapa tahun lalu juga menjadi penyebab kenaikan harga.

“Kami ingin meyakinkan anda (pelanggan) bahawa perubahan semula harga produk-produk kami akan menjadi pilihan terakhir setelah berusaha sedaya upaya melalui pelbagai cara bagi mencapai kecekapan dan produktiviti.

“Melihatkan keadaan tersebut, kami tidak mempunyai pilihan lain selain menyemak semula harga hanya pada produk-produk yang terjejas,” kata Gardenia dalam maklum balas ulasan pengguna di Facebooknya yang mahu syarikat itu mengesahkan kenaikan produk mereka.

Latest articles

Peminjam PTPTN Dapat Kelas Pertama Dikecualikan Bayaran Pinjaman

Berita baik untuk pelajar dan bakal pelajar pendidikan tinggi. Melalui ucapan Perdana Menteri Datuk...

WHO Isytihar ‘Monkeypox’ Sebagai Darurat Kesihatan Global

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan bahawa penularan penyakit cacar monyet sebagai darurat kesihatan...

Anna Jobling Kini 100 Wajah Tercantik Dunia 

Anna Jobling, 22, pelakon tanah air yang mempunyai raut wajah yang cantik terkejut menjadi...

Facebook, Instagram, WhatsApp, YouTube & Netflix Disekat Esok

Setiap daripada kita sudah selesa hidup dengan akaun sosial media di telefon pinar masing-masing....

More like this

Peminjam PTPTN Dapat Kelas Pertama Dikecualikan Bayaran Pinjaman

Berita baik untuk pelajar dan bakal pelajar pendidikan tinggi. Melalui ucapan Perdana Menteri Datuk...

WHO Isytihar ‘Monkeypox’ Sebagai Darurat Kesihatan Global

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan bahawa penularan penyakit cacar monyet sebagai darurat kesihatan...

Anna Jobling Kini 100 Wajah Tercantik Dunia 

Anna Jobling, 22, pelakon tanah air yang mempunyai raut wajah yang cantik terkejut menjadi...

Blog ini tidak berkait dengan mana-mana pihak selain dinyatakan sebaliknya. Sebarang komen yang bersifat spam, tidak senonoh atau mengguris hati akan dipadam tanpa notis.